Sunday, December 14, 2014

Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita !

Merah


Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu, jika anda mengalaminya letak tuala berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenalin.

Biru


Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver laptop kepada warna – warna yang membuatkan anda berasa tenang dan kurangkan rasa tegang.

Merah jambu


Jika anda mengalami sukar untuk tidur yang selesa di waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana yang santai dan selesa. Suasana yang romantik.

Jingga


Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan  tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. InsyaAllah pasti mood akan berubah.

Hijau


Terdapat pendapat mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan dan mampu melenyapkan keletihan.



No comments:

Post a Comment